Utama Celebrity News Jiran Dakwa Selalu Buat Bising Meski Acap Kali Ditegur, Kim Kyungnam Mohon...

Jiran Dakwa Selalu Buat Bising Meski Acap Kali Ditegur, Kim Kyungnam Mohon Maaf

kim kyungnam

Selepas terpalit dengan cerita kurang manis baru-baru ini, Kim Kyung-nam akhirnya membuat permohonan maaf secara umum.

Terdahulu, seorang individu telah memuat naik aduan di sebuah laman komuniti mengenai seorang selebriti yang dan tinggal berjiran dengannya dan sering membuat bising. Menurutnya, sejak berpindah ke bangunan berkenaan sejak setahun yang lalu, selebriti itu acap kali mengundang rakan pada lewat malam dan membuat bising hingga ke dinihari hampir dua ke tiga kali seminggu. Individu itu mendakwa bahawa masalah itu masih berterusan meskipun beberapa kali jiran di situ memintanya untuk lebih diam.

Dek entri itu, ramai yang cuba menebak siapakah identiti selebriti berkenaan. Tak lama kemudian, agensi Kim Kyung-nam tampil dan mengakui bahawa pelakon itu ialah selebriti yang dimaksudkan oleh individu berkenaan. Jelas mereka, Kim Kyung-nam sudah pun memohon maaf kepada jiran tersebut.

kim kyungnam

Kenyataan penuh:

Ini ialah agensi Kim Kyung-nam, JR Entertainment. Pertama sekali, kami memohon maaf kerana menyebabkan anda risau mengenai hal yang tidak dijangka ini.

Pada petang ini, Kim Kyung-nam telah melawat individu tersebut dan bercakap dengannya. Dia ikhlas memohon maaf dan memberitahu jiran itu bahawa dia akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Kim Kyung-nam akan lebih berhati-hati pada masa hadapan untuk mengelakkan insiden seperti ini berulang lagi. Sekali lagi, kami menunduk kepala dan meminta maaf kepada orang yang terkesan selain lain-lain yang terkajut dengan isu ini.

Kenalah hormat jiran kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

SUMBEROSEN
Loading...