Meskipun masih sedang berkhidmat dalam tentera, Jin-young GOT7 nampaknya sudah menerima tawaran untuk projek baru.
Pada 26 September, agensi mengumumkan bahawa Park Jin-young telah menerima tawaran untuk terajui drama “Unknown Seoul” dan sedang menelitinya kini.
Sebelum ini, Park Bo-young juga ditawar untuk muncul dalam drama yang sama dan masih dalam perbincangan.
Untuk pengetahuan, Park Jin-young telah menyertai tentera pada 8 Mei tahun lalu dan akan menamatkan khidmatnya pada November nanti.
Nantikan info lanjut mengenai drama ini!