Ikuti Kami:

Jin Sunkyu & Jeon Jongseo Sah Terajui Siri Thriller Bencana ‘Ransom’

Jin Sunkyu & Jeon Jongseo Sah Terajui Siri Thriller Bencana ‘Ransom’

TVING telah mengumumkan satu siri asal baru yang bakal ditayangkan di platform itu nanti.

Menurut pihaknya, Jin Sun-kyu dan Jeon Jong-seo telah disahkan bakal menerajui drama “Ransom” yang diadaptasi daripada filem bebas dengan tajuk yang sama. Ianya merupakan kisah thriller bencana di mana setiap individu mula tawar-menawar tentang wang tebusan apabila gempa bumi melanda dan bangunan itu terpisah daripada dunia luar. Di dalamnya, manusia kelihatan berkecamuk dan berlawan antara satu sama lain bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Jin Sun-kyu akan membawa watak Noh Hyung-soo di mana dia membuat tawaran mengenai wang tebusan dan meneruskan kehidupan dengan menggunakan gempa bumi itu. Walaubagaimanapun, dia terperangkap di dalam bangunan runtuh itu pula dan terpaksa berlawan lagi untuk hidup.

tving ransom

Jeon Jong-seo bakal berlakon sebagai Park Joo-young, seorang pakar tawar-menawar yang tidak memilih sasaran. Kemudiannya, dia menggunakan pengiraan yang teliti bagi mengubah krisis ini kepada peluang.

Berbeza dengan naskhah asal, setiap episod siri “Ransom” akan dirakam menggunakan teknik ‘one-take’. Lantas ia menarik perhatian ramai penonton untuk menyaksikannya nanti.

Khabarnya, “Ransom” akan ditayangkan secara eksklusif pada separuh kedua tahun ini.

Best kan plot?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...