Sepertinya Jin Ki-joo bakal bergandingan bersama Seo Kang-joon dalam “Undercover High School”.
Untuk pengetahuan, “Undercover High School” adalah drama komedi yang berkisarkan tentang seorang pelajar lelaki sekolah menengah yang menyembunyikan identitinya sebagai ejen Perkhidmatan Perisikan Negara.
Sepanjang misi penyamarannya, dia mula membesar untuk belajar banyak perkara, menjalinkan ikatan persahabatan dan mempunyai empati.
Khabarnya, Jin Ki-joo bakal membawa watak sebagai rakan watak Seo Kang-joon yang merupakan guru kelas di Byeongmu High School.
Sama-sama kita nantikan.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.