Siapa yang meminati “True Beauty”, pastinya mengetahui bahawa cerita itu berdasarkan penulis webtoon tersebut iaitu Yaongyi.
Mengecap populariti disebabkan oleh webtoon garapannya dan juga drama adaptasi, wanita itu sepertinya melalui masa yang sukar kini.
Saya tidak mempunyai waktu rehat. Saya rasakan kesemua ibu yang bekerja seperti itu. Saya berjaga sepanjang malam bekerja namun saya berasa bersalah seperti penjenayah apabila tidak dapat meluangkan masa dengan anak. Kalau saya tak berfikiran positif tentangnya, saya tak rasa saya boleh bertahan. Jadi saya cuba untuk memikirkan perkara buruk. Tapi setiap hari saya perlu memikirkan pandangan orang lain, lantas fikiran ekstrem mula terlintas dalam kepala saya. Tiada apa yang saya buat yang berjalan lancar dan sepertinya saya hanya menyusahkan orang sekeliling. Jika saya tiada, mesti semuanya gembira.
Walaubagaimanapun Yaongyi bertindak memadam entri tersebut tak lama kemudian. Rata-rata peminat meninggalkan komen sokongan dan meminta waita itu berehat bagi menenangkan fikirannya.
Semoga Yaongyi kuat..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.