Ikuti Kami:

“Jika Ramai Tak Suka, Kena Bubar” – Yoo Jaesuk Ulas Rating Rendah ‘Running Man’ & ‘How Do You Play’

“Jika Ramai Tak Suka, Kena Bubar” – Yoo Jaesuk Ulas Rating Rendah ‘Running Man’ & ‘How Do You Play’

Kesemua rancangan hiburan yang berjaya, tak semestinya akan terus mencapai kejayaan selamanya.

Dalam sidang media musim kedua “The Zone: Survival Mission”, Yoo Jae-suk menerima soalan cepumas mengenai beberapa rancangan kelolaannya yang semakin menurun ratingnya.

Jawabnya yang dikatakan sedang mengalami ‘krisis’ kini,

Krisis ialah satu perkataan yang sering mengikuti pada saban tahun. Bagi menanganinya, saya tak fikir sangat tentangnya. Saya sering berencana bagaimana ingin memberikan hiburan buat penonton pasa setiap minggu. Kehadiran sesuatu program itu bukanlah sesuatu yang boleh ditentukan oleh kami, jadi jika penonton tak menyukainya, memang sepatutnya ia dimansuhkan.

yoo jaesuk

Tambahnya,

Walau bagaimanapun, saya merasakan kita boleh mencipta situasi yang baik menerusi kerja keras. Daripada terperangkap dengan perkataan ‘krisis’, bolehkah kami berikan seminggu kebahagiaan? Saya sedang memberikan fokus padanya.

Tak apa.. kita cuba perlahan-lahan..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...