Ikuti Kami:

“Jika Ikut Duit..” – Yoo Jaesuk Pilih Antara ‘Running Man’, ‘How Do You Play’ & ‘You Quiz On The Block’?

“Jika Ikut Duit..” – Yoo Jaesuk Pilih Antara ‘Running Man’, ‘How Do You Play’ & ‘You Quiz On The Block’?

Sudah berbelas tahun memegang gelaran ‘pengacara no 1 Korea’, tiada siapa tahu apa sebenarnya bermain di dalam fikiran Yoo Jae-suk.

Dalam episod terbaru ‘Ddeun Ddeun’, lelaki itu menjawab soalan cepumas yang ditanyakan Song Ji-hyo, Ji Suk-jin dan Haha.

Awalnya Ji Suk-jin meluahkan rasa cemburu melihat kejayaan Yoo Jae-suk yang mampu meraih jutaan pengikut dan tontonan di saluran YouTube berkenaan sedangkan dia hanya mencapai 10 ribu tontonan sahaja dalam episod terbaru ‘Ji Suk-jin’s World’.

Tanya Song Ji-hyo pula, antara program “Running Man”, “You Quiz On The Block” dan “How Do You Play”, mana yang paling disukainya. Jawab Yoo Jae-suk sedikit teragak-agak,

Saya tak mampu memilih.

song jihyo pinggyego

Selit Ji Suk-jin semula,

Termasuk ‘Pinggyego’, satu tawaran baru masuk dari luar negara di mana mereka menjanjikan pelaburan lumayan sekiranya awak menyertai program baru di sana namun terpaksa mengorbankan satu program di sini. Mana yang awak akan buang?

Balasnya laju,

Seperti yang kalian tahu, saya akan tolak program berkenaan. Saya tak terima mana-mana program hanya kerana bayaran yang ditawarkan.

yoo jaesuk pinggyego

Seloroh Ji Suk-jin,

Hebatnya, kalau saya.. saya akan menjawab ‘Saya sanggup bahagikan masa sebagaimana pun, asalkan dapat sertai semua program’.

Setia kan Yoo Jae-suk?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...