Ikuti Kami:

“Jijiknya!” – Video Bodyguard ‘Raba’ Peminat Muslim Di Perjumpaan Peminat WayV Tular

“Jijiknya!” – Video Bodyguard ‘Raba’ Peminat Muslim Di Perjumpaan Peminat WayV Tular

Senang betul ambil kesempatan pada orang lain..

Terbaru, satu video telah tular di media sosial di mana seorang peminat Yang Yang yang menghadiri pertemuan peminat kumpulan WayV di Indonesia dan mendapatkan tanda tangan selebriti itu dilayan dengan ‘tidak senonoh’ oleh pengawal peribadi di atas pentas.

Video yang dimuat naik sendiri oleh individu berkenaan meluahkan perasaan terluka kerana diperlakukan seperti itu oleh pengawal tersebut sedangkan dia merupakan seorang Muslim yang berhijab.

Katanya, seharusnya lelaki itu tahu untuk menghormati batas untuk tidak memegang wanita bukan mahram,

Sedangkan ada peraturan untuk tidak memegang idola, tapi kenapa kami diperlakukan seperti ini? Dalam agama saya, hanya keluarga lelaki yang boleh menyentuh saya.

Bukan itu sahaja, individu itu dan yang lain turut bertegas dan meminta pihak pengurusan acara itu supaya mengambil tindakan. Kata mereka,

Rasanya macam pengawal tu memang saja ambil kesempatan.

 

Jijik lah tengok tangan pak cik tu.

 

Sakitnya hati tengok!

 

Saya tengok video lain pun memang sama saja perangai pak cik tu.

 

Kesiannya awak.

Semoga tindakan keras diambil ke atas pengawal berkenaan. Tak malu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...