Ikuti Kami:

Jijik Untuk Anggap Cinta Pertama, Penonton Teka Jeon Somin Sebut Soal Yoon Hyunmin?

Jijik Untuk Anggap Cinta Pertama, Penonton Teka Jeon Somin Sebut Soal Yoon Hyunmin?

Peminat pasti tahu bahawa salah seorang bekas kekasih Jeon So-min adalah pelakon Yoon Hyun-min.

Terbaru dalam siaran 20 Ogos “Running Man”, semua ahli sedang menjalani percutian pada musim panas di mana mereka dibahagikan pada 2 kumpulan.

Dalam siaran itu, Song Ji-hyo bertanya,

Apakah standard cinta pertama?

Jawab Kim Jong-kook,

Cinta pertama ialah orang pertama yang awak menjalinkan hubungan dengannya. Ia sesuatu yang segar.

Mendengar jawapan itu, Yang Se-chan menunjukkan ekspresi jijik sambil berkata,

Saya tidak mahu memanggil orang itu cinta pertama saya.

 

jeon somin

Setuju dengan kenyataan itu, Jeon So-mi turut memberitahu,

Saya juga tidak mahu memanggil orang itu sebagai cinta pertama saya. Saya belum ada cinta pertama saya lagi.

Selepas episod itu disiarkan, penonton meneka bahawa orang yang dimaksudkan Jeon So-min adalah bekas kekasihnya Yoon Hyun-min, yang pernah ditangkap curang dengannya ketika mereka bercinta dahulu.

Semoga Jeon So-min dapat jumpa pasangan yang lebih baik buatnya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...