Baru sahaja bersiaran namun “Queen Woo” sudah pun menerima kritikan ramai.
Bernilai 30 bilion won, drama berkenaan sebelum ini terperangkap dengan kontroversi kerana ada unsur drama sejarah Cina.
Namun setelah bersiaran hari ini, “Queen Woo” dikritik hebat kerana menyelitkan pelbagai adegan seksual tahap tinggi untuk penonton 19 tahun ke atas sahaja.
Ketika Go Nam-goo (Ji Chang-wook) mengalami kecederaan semasa perang dan kembali ke China untuk dirawat, terdapat adegan di mana beberapa gundik tidak menutup bahagian dada menjilat seluruh badan lelaki itu untuk menurunkan suhu badannya.
Ada juga babak, di mana Woo Soon (Jung Yu-mi), seorang dayang tinggi melakukan hubungan dengan pendeta wanita malah ia tempoh tayangannya agak panjang. Adegan ranjang ini nyata tidak wajar, sehingga mengurangkan daya tarikan dan tumpuan terhadap cerita.
Ramai yang mengkritik babak-babak berkenaan kerana sepertinya mereka hanya menggunakan wanita sebagai daya tarikan visual sahaja dan merendahkan martabat mereka.
He was hurted physically but left her hurted emotionally.
I was wondering why it’s 19+ rated but I do not need more reason .
Who came with this idea ? #QueenWooEp1#QueenWoo #kdrama pic.twitter.com/CfKRNnzlEh— Oo_Womaniya💙🤍 (@KDramaWomaniyaa) August 29, 2024
Komen penonton,
- Bukan best sangat pun babak itu.
- Memang patut dikritik pun.
- Tak perlu rasanya babak 19+ macam ni..
- Panjang sangatlah babak ini.
Tak faham lah..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.