Kalau perasan, vibe “Running Man” sekarang dah lain sikit selepas menambah dua ahli ‘sewaan’ baru.
Sejak beberapa episod ini, Kang Hoon dan Ji Ye-eun telah menyerikan rancangan mereka dengan telatah rawak mereka selain ‘hubungan cinta’ yang mula terbina dek usikan ahli lain.
Walau bagaimanapun, ramai yang mula mempersoalkan tahap kesesuaian mereka dengan suasana “Running Man”. Ada yang mengatakan sisi peramah dan kelakar Ji Ye-eun merupakan penyeri segar untuk penonton manakala ada yang mempersoalkan keperluan Kang Hoon di situ.
Ini kerana kadang kala dia kelihatan kekok dan sedikit diam jika dibandingkan dengan Ji Ye-eun.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.