Ikuti Kami:

Ji Sukjin Dedah Minta Berhenti ‘Running Man’ Sebanyak 3 Kali!

Ji Sukjin Dedah Minta Berhenti ‘Running Man’ Sebanyak 3 Kali!

Rasanya peminat “Running Man” sendiri tahu bahawa rancangan itu adalah sangat memenatkan kerana ia mencabar ketangkasan fizikal setiap ahlinya pada saban minggu. Bukan itu sahaja, semua orang perlu mempunyai sifat yang kelakar dalam masa yang sama supaya dapat mencuit hati penonton. Fuhh!

Baru-baru ini abang sulung kepada rancangan itu iaitu Ji Sukjin telah meluahkan perasaannya selain banyak kejadian di sebalik “Running Man” kepada peminat menerusi laman Youtubenya iaitu ‘Jeeseokjin World’.

running man

Menerusi video tersebut, Ji Sukjin telah membaca deskripsi mengenainya di bawah kategori “Running Man” pada laman NamuWiki (wikipedia Korea). Antara kenyataan yang ditulis di situ ialah:

Ji Sukjin telah membuktikan bakat pengacaraannya menerusi beberapa program dan menjadi rebutan ramai produser tetapi satu demi satu rancangan yang dikemudinya hilang.

Apabila kariernya hampir sampai ke penghujungnya, dia mendapat peluang untuk menyertai rancangan rakaman luar “Running Man”. Disebabkan Ji Sukjin biasa menjalankan rakaman di dalam studio, rancangan yang dirakam di luar adalah kurang sesuai dengannya.

ji sukjin berhenti running man

Pengacara itu yang tergelak membaca deskripsi tersebut mengakui bahawa rancangan “Running Man” hadir pada saat kariernya berada di hujung tanduk. Dia juga menambah bahawa dia memang mengalami kesukaran pada awalnya kerana halangan tersebut.

Watak seorang pengacara adalah sangat berlainan dengan pemain. Sebagai seorang pemain, anda perlu mengutarakan komen yang betul dan membuat lawak pada masa yang tepat. Posisi yang sangat berbeza itu membuatkan saya tidak boleh masuk dengan baik pada awalnya.

Mengejutkan kerana Ji Sukjin mendedahkan bahawa dia pernah berjumpa dengan pengarah Jo Hyojin sebanyak tiga kali untuk menyatakan hasratnya untuk menarik diri daripada “Running Man”.

Saya cakap saya mahu berhenti. Saya tak rasa saya menolong rancangan ini dan saya rasa rancangan ini juga tidak dapat membantu saya. Lebih baik untuk kita berdua sekiranya saya undur diri sahaja.

ji sukjin berhenti running man

Walaubagaimanapun, berkat pujukan dan galakan Jo Hyojin dan juga Yoo Jaesuk, dia masih lagi berada di dalam rancangan ini dan turut tak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka.

Menerusi laman NamuWiki itu juga, Ji Sukjin dikatakan telah menerima kritikan yang banyak daripada penonton daripada tempoh awal sehingga ke pertengahan “Running Man”. Dan nampaknya lelaki tersebut bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Sudah tentu ia boleh berlaku pada awal rancangan. Disebabkan ada sedikit rasa bahawa saya tidak sesuai dengan rancangan itu, jadi mungkin saya tidak nampak ‘hadir’ di dalamnya. Namun, tidak bagus untuk bekerja dengan pemikiran yang sedemikian.

Walaubagaimanapun, selepas dia dan Kwangsoo mencipta watak ‘Easy Brothers’ dan sering menjadi watak yang menjadi bahan buli ahli lain, kepentingan karakternya mula menyerlah dalam “Running Man”.

Setiap ahli “Running Man” adalah berharga!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...