Ikuti Kami:

Ji Hyunwoo Dedah Sudah 6 Tahun Tak Bercinta, Netizen Syak Yoo Inna Kekasih Terakhir?

Ji Hyunwoo Dedah Sudah 6 Tahun Tak Bercinta, Netizen Syak Yoo Inna Kekasih Terakhir?

Jarang muncul dalam rancangan hiburan atau pun temu bual, pelakon Ji Hyun-woo telah menyertai program “Video Star” bagi mempromosikan drama terbarunya “Lonely Enough to Love” bersama rakan pelakon yang lain.

Kalau anda nak tahu, drama tersebut membawa kisah seorang wanita dan seorang lelaki yang tinggal dalam rumah yang sama dan merasakan proses bercinta itu melemaskan namun benci perasaan bersendirian.

Dek susah nak melihat mukanya, para pengacara telah menanyakan banyak soalan cepumas yang berkaitan dengan drama lakonannya yang bakal ditayangkan di bawah saluran MBC itu.

ji hyunwoo sudah 6 tahun tak bercinta

Apabila ditanya sama ada cinta adalah satu perkara yang menyusahkan, ini jawapan pelakon lelaki itu,

Apabila sudah menginjak usia 30-an, pasti akan ada yang berfikiran sebegitu. Ia adalah sesuatu yang membebankan secara fizikal. Kalau dulu selepas berjumpa dengan orang ini kemudian mampu berjanji untuk berjumpa pula dengan orang lain, tapi kini selepas buat satu perkara, pasti saya mahu pulang ke rumah untuk caj tenaga.

Ji Hyun-woo juga tak segan untuk mendedahkan kali terakhir dia memiliki teman wanita adalah pada 6 tahun yang lalu.

Rakan pelakonnya iaitu Kim San-ho yang mendengarkan pengakuan lelaki itu mula mengusik dan mengatakan bahawa dia perlu menukar telefon bimbitnya terlebih dahulu.

Ji Hyun-woo tak guna telefon bimbit pintar. Sebab masih guna teknologi 3G, dia tak boleh menerima sebarang mesej menerusi aplikasi. Bahkan dia hanya balas mesej pasukan kami menerusi komputernya di rumah.

Pun begitu, Ji Hyun-woo tetap bertegas dengan pendiriannya dan mengatakan bahawa dia sukakan keadaan yang sekarang.

Apabila pelakon itu mengungkit kisah bahawa percintaannya yang kali terakhir berlaku 6 tahun yang lepas, ramai yang menebak lelaki itu maksudkan hubungannya dengan bekas kekasih, pelakon Yoo In-na. Ini kerana sejak bercinta daripada tahun 2012 selepas berkenalan menerusi drama “Queen Inhyun’s Man”, mereka telah membuat keputusan untuk berpisah pada tahun 2014.

ji hyunwoo dan yoo inna

Jangka masa itu sehingga ke tahun 2020 iaitu 6 tahun secara tak langsung meningkatkan peratus kemungkinan bahawa mungkin Ji Hyun-woo kali terkahir bercinta bersama Yoo In-na.

Apa pun, semoga Ji Hyun-woo akan berjumpa cinta baru tak lama lagi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...