Utama Celebrity News Ji Changwook Muat Naik Video Merokok, Netizen Selar Tak Elok Tapi Ada...

Ji Changwook Muat Naik Video Merokok, Netizen Selar Tak Elok Tapi Ada Yang Cakap Seksi?

Ramai pasti mengenali pelakon hebat iaitu Ji Changwook kan? Kehebatan lakonannya ini memang tidak dapat disangkal lagi kerana rata-rata naskhah yang dibintanginya pasti mendapat rating yang tinggi. Walaupun drama terbarunya “Melting Me Softly” mendapat respons yang buruk daripada penonton kerana plot ceritanya yang merepek tetapi dengar cerita lelaki ini dah pun dapat ‘job’ baru tidak lama lagi.

ji changwook menjadi carian teratas selepas pos video merokok

Ingatkan Ji Changwook mengambil masa rehat ini untuk tenangkan diri tapi tak sangka pula dia akan berkongsi update mengenai kehidupannya di laman Instagram. Bukan biasa-biasa kerana lelaki kacak ini telah memuat naik IG Story di mana kelihatan selamba sahaja menghisap rokok,“Ia adalah sangat sejuk dan saya tak boleh tidur tetapi saya masih gembira.”

 

Loading...