Ikuti Kami:

Ji Changwook & Kim Jiwon Bakal Disatukan Dalam Drama Baru Daripada Pengarah ‘It’s Okay To Not Be Okay’

Ji Changwook & Kim Jiwon Bakal Disatukan Dalam Drama Baru Daripada Pengarah ‘It’s Okay To Not Be Okay’

Belum pun lagi habis tayangan “Backstreet Rookie”, pelakon Ji Chang-wook dikhabarkan bakal berlakon dalam drama pendek di bawah KakaoTV bertajuk “City Couple’s Way Of Love”.

Agensi lelaki itu turut mengesahkan berita tawaran tersebut.

Dia telah menerima tawaran tersebut dan sedang menilainya.

Kalau anda nak tahu, difahamkan bahawa watak heroin pula ditawarkan kepada Kim Ji-won yang kali terakhir berlakon dalam drama “Arthdal’s Chronicle”. Agensi barunya iaitu SALT Entertainment turut mengesahkan bahawa pelakon itu sedang melalui perbincangan yang positif.

kim jiwon dan ji changwook

“City Couple’s Way Of Love” menceritakan kisah cinta di dalam bandar urban yang kompleks. Yang bestnya, ia bakal diarahkan oleh Park Shin-woo iaitu pengarah yang sama bagi drama popular “It’s Okay To Not Be Okay”. Skripnya pula akan ditulis oleh Jung Hyun-jung (“I Need Romance” dan “Discovery Of Love”) dan Jung Da-yeon.

Drama berdurasi pendek ini bakal mempunyai 12 episod sahaja di mana setiap daripadanya hanyalah 25 minit panjangnya. Bahkan, ia dikhabarkan mungkin akan dihasilkan dalam format bermusim. Selain itu, “City Couple’s Way Of Love” akan memulakan penggambaran pada Oktober ini dan akan memulakan tayangan pada November nanti di KakaoTV.

Macam hebat sahaja gandingan Kim Ji-won dan Ji Chang-wook!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...