Siapa yang sedang menonton drama “Backstreet Rookie” pasti seronok melihat Ji Chang-wook membawa watak yang lain daripada biasa iaitu seorang pekerja kedai serbaneka. Bahkan ramai yang mengimpikan agar mereka bertemu dengan lelaki sekacak pelakon itu sekiranya singgah di mana-mana kedai yang beroperasi selama 24 jam tersebut.
Mungkin disebabkan oleh itu, rangkaian kedai serbaneka GS25 bertempat di Sinchon telah mengumumkan satu acara istimewa di mana Ji Chang-wook bakal bekerja sebagai juruwang di cawangan tersebut selama sehari.
Tak sampai beberapa minit selepas pengumuman itu, kesemua peminat telah merebut peluang keemasan itu untuk menyerbu cawangan yang berkenaan sehingga ia menyebabkan sekumpulan manusia berkerumun di hadapan kedai itu.
Habis semua peminat lupa diri dan berebut-rebut sampaikan terus ingkar langkah pencegahan COVID-19 yang memerlukan mereka mengekalkan jarak 1 meter di antara satu sama lain. Lagi teruk apabila aliran trafik di hadapan kedai serbaneka tersebut juga terberhenti dek ramai yang beratur sehingga menghalang jalan.
the huge crowd outside the gs25 convenience store hoping for a glimpse of ji chang wook omg??? pic.twitter.com/TTVHT2djDY
— ً (@wookiebokki) August 3, 2020
Punyalah tak terkawal sampai Ji Chang-wook dikhabarkan terpaksa meninggalkan premis tersebut sekitar jam 2-3 petang walhal acara tersebut sepatutnya berlangsung sehingga jam 6 petang. Haru sungguh!
Disebabkan oleh tindakan tidak rasional peminat itu, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati kerana mereka tidak mengendahkan langsung langkah pencegahan COVID-19 meskipun sudah diingatkan berulang kali. Takut sekiranya tindakan mereka itu akan menyebabkan padah yang tidak dijangka pada masa hadapan.
Mungkin terkejut sangat sebab tak sangka dapat jumpa Ji Chang-wook dekat kedai serbaneka kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.