Ikuti Kami:

Jessi & Kru ‘Street Woman Fighter’ Beraksi Di MV ‘Cold Blooded’

Jessi & Kru ‘Street Woman Fighter’ Beraksi Di MV ‘Cold Blooded’

Jessi telah mengeluarkan lagu terbarunya iaitu ‘Cold Blooded’ dan menampilkan kru penari dari program ‘Street Woman Fighter’ dalam muzik videonya.

Pada episod terbaru pertunjukan survival tarian Mnet yang sangat terkenal ‘Street Woman Fighter’, enam kumpulan yang selamat telah ditugaskan untuk membuat koreografi untuk lagu baru Jessi ‘Cold Blooded’.

Episod seterusnya program ini akan menampilkan Jessi memilih kumpulan manakah yang mempunyai koreografi yang paling disukainya, sementara penonton diminta untuk memilih pasukan kegemaran mereka secara berasingan dengan menonton video mereka dan menekan butang suka.

street woman fighter

Pada 8 Oktober, Jessi mengeluarkan teaser video muzik untuk lagu yang akan datang yang menampilkan semua enam kumpulan yang masih terselamat dari ‘Street Woman Fighter’. Sementara lagu ‘Cold Blooded’ akan dirilis pada 12 Oktober jam 5 petang, muzik video untuk untuk lagu tersebut akan dirilis beberapa jam kemudian, agar tidak membongkarkan kru manakah yang memenangi misi tersebut.

street woman fighter jessi

Kru ‘YGX’ telah memenangi misi tersebut, dan tarian di bahagian korus/bridge lagu tersebut telah diarahkan oleh Lee Jung dari kru ‘YGX’, sekaligus membuat penampilan dalam muzik video tersebut.

Fuhh lagu Jessi seperti biasa tak pernah mengecewakan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...