Ikuti Kami:

Jessi Bakal Lancar Digital Single Terbaru ‘ZOOM’

Jessi Bakal Lancar Digital Single Terbaru ‘ZOOM’

Sebut sahaja nama Jessi pasti ramai dapat terus membayangkan segala jenis muzik rap yang berjaya dibawanya ke dalam industri muzik K-pop sekaligus antarabangsa. Kali ini, Jessica akan tampil dengan digital single terbaharunya yang berjudul ‘ZOOM’.

jessiMenurut sumber, teaser single digital Jessi telah dimuatnaik melalui akaun Twitter rasmi P Nation. Di akhir video teaser tersebut, turut dipaparkan tarikh single digital ini dilancarkan iaitu pada 13 April ini, pada jam 6PM.

‘ZOOM’ akan menjadi single pertama Jessi pada tahun ini dan ia berjaya meraih perhatian peminat K-pop yang menantikan comeback Jessi setelah dia memberikan hasil yang terbaik berdasarkan lagu hitnya sebelum ini, “What Type of X” dan “Cold-Blooded (with Street Woman Fighter)”.

https://www.instagram.com/p/Cb9B0fVgPHp/

Jessi sendiri juga telah memuat naik video teaser tersebut di laman akaun rasmi Instagram miliknya dan meraih ratusan ribu komen dari para peminat yang menantikan single terbarunya. Konsep video teaser kali ini masih menjadi tanda tanya kerana pelbagai prop di dalam satu bilik, seperti pencahayaan di dalam studio penggambaran dan skrin projektor, membuatkan rasa ingin tahu kian meningkat tentang konsep single digital terbaharu Jessi.

jessiSingle digital terbaharu Jessi akan dilancarkan serentak di setiap platform muzik.

Peminat Jessi sila tandakan kalendar anda!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...