Sebut sahaja nama Jessi pasti ramai dapat terus membayangkan segala jenis muzik rap yang berjaya dibawanya ke dalam industri muzik K-pop sekaligus antarabangsa. Kali ini, Jessica akan tampil dengan digital single terbaharunya yang berjudul ‘ZOOM’.
BACA: Ed Sheeran Akan Kolaborasi Dengan Jessi & Sunmi Untuk Lagu ‘Shivers’ Versi Remix
Menurut sumber, teaser single digital Jessi telah dimuatnaik melalui akaun Twitter rasmi P Nation. Di akhir video teaser tersebut, turut dipaparkan tarikh single digital ini dilancarkan iaitu pada 13 April ini, pada jam 6PM.
‘ZOOM’ akan menjadi single pertama Jessi pada tahun ini dan ia berjaya meraih perhatian peminat K-pop yang menantikan comeback Jessi setelah dia memberikan hasil yang terbaik berdasarkan lagu hitnya sebelum ini, “What Type of X” dan “Cold-Blooded (with Street Woman Fighter)”.
https://www.instagram.com/p/Cb9B0fVgPHp/
Jessi sendiri juga telah memuat naik video teaser tersebut di laman akaun rasmi Instagram miliknya dan meraih ratusan ribu komen dari para peminat yang menantikan single terbarunya. Konsep video teaser kali ini masih menjadi tanda tanya kerana pelbagai prop di dalam satu bilik, seperti pencahayaan di dalam studio penggambaran dan skrin projektor, membuatkan rasa ingin tahu kian meningkat tentang konsep single digital terbaharu Jessi.
Single digital terbaharu Jessi akan dilancarkan serentak di setiap platform muzik.
Peminat Jessi sila tandakan kalendar anda!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.