Ikuti Kami:

Jeong Sewoon Bakal Buat Comeback Mei Ini

Jeong Sewoon Bakal Buat Comeback Mei Ini

Penyanyi terkenal Jeong Se-woon sahkan bakal membuat kemunculan semula pada bulan Mei ini!

Jeong Se-woon telah debut sebagai artis solo pada 31 Ogos 2017, dengan lagu pertamanya “EVER” yang berjaya menduduki tempat kedua Carta Album Gaon selepas menjual 23,438 salinan dalam minggu pertamanya.

Pada 16 Disember 2020, Jeong Se-woon kembali dengan bahagian kedua album studionya “24 Part. 2”, dan digambarkan sebagai album yang mempunyai bunyi “rock-pop” yang lebih melankolis berbanding daripada album sebelumnya.
jeong sewoonTerbaru, Starship Entertainment mengumumkan bahawa Jeong Se-woon akan membuat kemunculan semula dengan album baharu pada bulan Mei ini. Album kali ini dijangka menawan telinga pendengar global dengan mempamerkan keupayaan muziknya yang lebih baik dan mengagumkan.

Jeong Se-woon sering memberikan persembahan dengan konsep unik, vokal yang manis dan visual yang hangat untuk setiap album, jadi untuk album kali ini, peminat semestinya tidak sabar-sabar untuk melihat jenis daya tarikan unik yang akan dia tunjukkan kali ini.

Para peminat semestinya sangat mengagumi bakat Jeong Se-woon terutama sekali bakat dalam penulisannya. Jadi, nantikan satu lagi karya hebat yang akan dilancarkan pada Mei ini okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...