Ikuti Kami:

Jeon Yeobin & Ahn Hyoseob Dilamar Terajui Drama Remake Taiwan ‘Some Day Or One Day’

Jeon Yeobin & Ahn Hyoseob Dilamar Terajui Drama Remake Taiwan ‘Some Day Or One Day’

Khabarnya drama Taiwan “Some Day Or One Day” bakal diadaptasi semula ke Korea tak lama nanti!

Menurut laporan media, Ahn Hyo-seop dan Jeon Yeo-bin telah pun dipilih untuk menerajui drama popular itu.

Respon agensi Ahn Hyo-seop,

Ahn Hyo-seop ada menerima tawaran remake ‘Some Day or One Day’ dan sedang menelitinya.

Jawab agensi Jeon Yeo-bin pula,

Ia merupakan salah satu prjek yang ditawarkan kepadanya, dan dia sedang menelitinya. Tiada apa yang ditentukan lagi.

jeon yeobin ahn hyoseop

Untuk pengetahuan, drama ini membawa kisah wanita berusia 27 tahun iaitu Huang Yu Xuan (Alice Ke) yang mahukan Wang Quan Sheng (Greg Han), cinta hatinya. Pada satu malam, Huang Yu Xuan dilanggar sebuah kereta dan apabila tersedar, dia terlihat seorang lelaki yang seiras Wang Quan Sheng di tepi katil hospitalnya. Walaubagaimanapun, dia menyedari bahawa dia merupakan pelajar sekolah menengah bernama Chen Yan Ru dalam tahun 1998 kini dan lelaki di sisinya itu bukanlah kekasihnya namun seorang rakan di sekolah bernama Li Zi Wei.

Khabarnya, adaptasi “Some Day Or One Day” ini akan disiarkan di Disney+.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...