BLACKPINK telah memenangi kes mahkamah terhadap seorang lelaki yang secara palsu mendakwa dirinya bapa kandung Jennie dan menerbitkan sebuah buku berdasarkan dakwaan itu.
Terbaur, Mahkamah Korea Selatan memutuskan bahawa tuduhan itu tidak berasas sama sekali dan memerintahkan semua penerbitan buku berkaitan dimusnahkan.
Menurut dokumen mahkamah yang diperoleh secara eksklusif oleh majalah Korea bulanan ‘Woman Sense’, ‘Mahkamah Cawangan Goyang, Daerah Uijeongbu’ membuat keputusan pada 9 Mei 2025 (waktu Korea) bahawa dakwaan oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘A’, yang mendakwa dirinya sebagai bapa Jennie, adalah tidak berasas,
Tiada bukti sokongan terhadap dakwaan defendan selain kenyataannya sendiri. Sementara itu, rekod daftar keluarga rasmi plaintif dengan jelas menunjukkan lelaki lain sebagai bapanya. Oleh itu, adalah munasabah untuk menyimpulkan bahawa dakwaan defendan adalah palsu.
Kontroversi bermula apabila A menerbitkan sebuah novel yang dihasilkan oleh AI, dengan menggunakan nama dan logo Jennie di muka hadapan. Dalam prolog buku itu, dia menyatakan Jennie adalah anak perempuannya. Buku itu mula tersebar dalam kalangan peminat, mencetuskan khabar angin kononnya Jennie berasal daripada keluarga kaya atau berpengaruh di mana ia merupakan dakwaan yang tidak berasas sama sekali.
Selepas agensi Jennie iaitu OA Entertainment menfailkan injuksi akhirnya mahkamah berpihak kepadanya dan mendapati tindakan A telah menyebabkan penyebaran maklumat palsu dan mencemarkan reputasinya. Mahkamah memerintahkan agar semua salinan buku dimusnahkan serta melarang ‘A’ daripada menyebut nama Jennie dalam apa jua bentuk, termasuk di media sosial seperti KakaoTalk atau dalam temu bual.
Walaupun mahkamah mengakui bahawa hak peribadi Jennie telah dicerobohi, ia tidak mengenakan denda atau perintah pelaksanaan sementara, memandangkan kes ini tidak melibatkan tuntutan harta. Namun begitu, defendan diarahkan untuk menanggung semua kos guaman.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.