Jennie BLACKPINK menyertai “My Name Is Gabriel” sebagai mentor terakhir, tetapi rating masih tidak mampu keluar dari tahap 1%.
Menurut Nielsen Korea, episod terbaru ini menampilkan Jennie, mencatatkan rating tontonan sebanyak 1.1% sahaja. Penonton tertarik untuk melihat sama ada idola itu akan menjadi penyelamat kepada rancangan itu, tetapi hasilnya menghampakan.
Ini merupakan penurunan sebanyak 0.1% berbanding episod ke-12 yang mencatatkan 1.2%, dan gagal melepasi tahap 1%.
Dalam rancangan tersebut, Jennie memainkan watak Maria, seorang pencinta alam semula jadi dan haiwan yang menguruskan rumah inap desa di sebuah kampung berhampiran Rome, Itali.
Korang layan ke program ini?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.