Jangan main-main, besar tau pengaruh Jennie!
Pada bulan ini, ‘Women’s Wear Daily’ telah memilih ahli BLACKPINK itu sebagai wanita paling berpengaruh untuk tahun ini.
Antara 50 individu yang dipilih itu, terdapat figura penting merangkumi CEO syarikat besar, ahli politik dan personaliyi popular yang mengetuai dunia fesyen.
Lebih mengagumkan kerana senarai ini turut mengetengahkan June Ambrose, Pengarah Kreatif Rekaan Puma, dan Francesca Amfitheatrof, Pengarah Artistik bahagian jam dan barangan kemas Louis Vuitton.
Menerusi akaun Instagram miliknya, Jennie meluahkan rasa bersyukur,
Terima kasih kerana memasukkan saya dalam senarai ‘Women In Power’ tahun ini.
Menurut WWD, entri media sosial Jennie bernilai 21 juta dollar dan dari analisis data fesyen, kolaborasi wanita itu bersama jenama mewah membawa pendapatan sebanyak 68 juta. Ini adalah antara sebab nama Jennie dipilih dalam senarai itu.
Tahniah!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.