Ikuti Kami:

Jennie BP Dah Tak Mahu Muncul Dalam Program Hiburan? ‘Apartment 404’ Raih Rating Terburuk

Jennie BP Dah Tak Mahu Muncul Dalam Program Hiburan? ‘Apartment 404’ Raih Rating Terburuk

Semakin lama, semakin teruk rating yang dicatatkan program “Apartment 404”.

Bermula dengan rating baik iaitu 2.7%, namun program yang dihoskan Yoo Jae-suk Cha Tae-hyun, Yang Se-chan, Oh Na-ra, Jennie BLACKPINK dan Lee Jung-ha itu hanya mampu berpuas hati dengan rating dalam lingkungan 1% sahaja kini. Malah episod terbaru iaitu episod kedua sebelum siaran terakhir minggu depan mencatatkan rating terburuk sepanjang tayangan iaitu 1.2% sahaja.

Meskipun dikelolakan oleh nama-nama besar, sepertinya populariti program arahan bekas pengarah “Running Man” itu tidak dapat bertahan lama dan berada di atas pagar sahaja kini.

apartment 404

Malah terdapat desas-desus yang muncul bahawa Jennie trauma dengan catatan buruk tersebut hingga menolak menyertai rancangan hiburan lain yang ditawarkan kepadanya iaitu “My Name Is Gabriel”. Memandangkan rating “Apartment 404” agak mengecewakan, dilaporkan Jennie terkejut dengan kritikan keras terhadap dirinya dan barisan ahli.

Apa pun, masih terdapat satu episod lagi yang akan ditayangkan minggu hadapan. Sama-sama kita nantikan persembahan terakhir “Apartment 404” dan sama ada ada peluang untuk program itu diperbaharui untuk musim baru.

Korang layan tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Namu Wiki

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...