Ikuti Kami:

Jennie BLACKPINK Raih Trademark Untuk Nama ‘Jennie Ruby Jane’ Di Korea

Jennie BLACKPINK Raih Trademark Untuk Nama ‘Jennie Ruby Jane’ Di Korea

Selain Jennie BLACKPINK, wanita itu juga mesra dikenali dengan namanya sebagai Jennie Ruby Jane.

Terbaru menurut laporan, Jennie telah mendaftarkan tanda dagangan untuk nama ‘Jennie Ruby Jane’ selepas memohonnya di Pejabat Harta Intelek Korea pada Januari tahun lalu.

Tambahan, dia juga dikatakan telah memohon hak tanda dagangan untuk nama tersebut di Amerika Syarikat.

jennie blackpink

Meskipun nama kelahirannya ialah Kim Jennie, wanita itu memang kerap menggunakan nama Jennie Ruby Jane selepas belajar di New Zealand semasa zaman kanak-kanaknya.

Kini, Jennie sering guna pakai nama Inggerisnya itu sebagai nama pentas untuk projek solonya.

Nama pun dah glamor!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Star News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...