Ikuti Kami:

Jennie BLACKPINK Kongsi Kehidupan Di Sebalik Populariti Mereka

Jennie BLACKPINK Kongsi Kehidupan Di Sebalik Populariti Mereka

Baru-baru ini, dalam sesi temu bual BLACKPINK dengan majalah Rolling Stone, Jennie berkongsi banyak cerita di sebalik tabir persembahan dan karya mereka.

Jennie turut disoal semasa sesi temu bual tersebut tentang kehidupan realiti BLACKPINK apabila mereka tidak menjadi tumpuan, sama ada mereka masih mempunyai imej yang yakin, ‘badass’, dan ‘swag’ di hadapan kamera. Jennie berkata ahli BLACKPINK sebenarnya sama dengan mana-mana gadis sebaya mereka. Jennie berkata,

Sudah tentu, ada kalanya kita bercakap tentang jenis pengaruh yang boleh kita ada, apa yang perlu kita bawa untuk kemunculan semula seterusnya. Tetapi perkara yang sebenarnya kami suka ialah bercakap tentang kucing, anjing, makanan yang enak dan tempat yang cantik.

Dia menambah bahawa BLACKPINK hanya mahu mempunyai kehidupan “biasa” dan persamaan antara mereka hanyalah kecintaan dan minat mereka terhadap apa yang mereka lakukan dan muzik. Menurut Jennie, minat mereka bersama adalah seimbang dan mereka ingin membentuk satu identiti bersama BLACKPINK dengan sisi kemanusiaan dan kewanitaan mereka.jennieDalam temu bual itu, Jennie turut membincangkan mengenai kesihatan, yang menjadi satu kebimbangannya pada hari ini. Dia mengaku kira-kira 3 tahun selepas BLACKPINK debut, kesihatan fizikal dan mentalnya menurun selepas berbulan-bulan bekerja keras tanpa rehat.

Dia berkata,

Saya jatuh sakit, secara mental dan fizikal, selepas jelajah dunia terakhir tamat pada 2020. Selama tiga tahun selepas debut, kami bekerja tanpa henti, tanpa berehat. Kami masih muda, awal 20-an. Sistem tidur kami rosak. Kami tidak makan dengan betul. Dan kemudian memulakan semula jelajah kami. Kami mengadakan jelajah selama setahun setengah. Selama satu setengah tahun saya tidak berada di rumah.

Dia menyambung,

Apabila jelajah selesai, kami mendapat sedikit masa untuk berada di rumah. Pada masa itu, saya tidak mempunyai masa untuk belajar menjaga diri sendiri. Saya seorang yang sangat kurus.

Jennie juga mengesahkan melalui sesi temu bual tersebut bahawa BLACKPINK sedang bersiap sedia untuk kemunculan semula mereka yang telah lama ditunggu-tunggu dan jelajah dunia seterusnya. Jadi salah satu perkara di fikiran Jennie hari ini ialah bagaimana untuk kekal sihat untuk dua tahun akan datang dengan jadual yang padat.blackpinkApa yang dikongsi Jennie telah mendedahkan sebahagian daripada kehidupan seorang idola ‘top’ yang penuh tekanan. Di penghujung hari, walaubagaimana terkenal dan berjayanya mereka, mereka tetap manusia biasa yang punya rasa letih dan lesu.

Kesian kan? Orang cuma nampak populariti, kekayaan, rupa paras cantik dan nama besar mereka tetapi tanpa pengetahuan umum, mereka berusaha keras untuk sampai ke tahap itu dan untuk memberikan yang terbaik kepada peminat.

Semoga terus maju jaya BLACKPINK!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...