Utama K-Pop Jennie Artis Solo K-Pop Wanita Pertama Raih 900 Juta Tontonan Di YouTube...

Jennie Artis Solo K-Pop Wanita Pertama Raih 900 Juta Tontonan Di YouTube Dengan MV ‘SOLO’

Jennie SOLO

Wow, lagu Jennie “SOLO” dapat jumlah tontonan yang tinggilah.

Terkini pada 21 Mac, muzik video lagu “SOLO” daripada Jennie BLACKPINK telah mencapai 900 juta tontonan di YouTube dan menjadikan penyanyi itu artis solo K-Pop wanita pertama yang mempunyai pencapaian sedemikian.

Menurut YG Entertainment,

Muzik video ‘SOLO’ telah pun mendapat kejayaannya hampir lima tahun selepas ianya dimuat naik di saluran YouTube BLACKPINK.

Meluahkan rasa syukur kepada peminat atas kejayaan tersebut, Jennie menulis di Instagram Story,

Kamu semua telah melakukannya!! Terima kasih banyak-banyak buat Blinks.

jennie instagram story

Untuk maklumat, single “SOLO” yang dikeluarkan pada 2018 ini membawa cerita tentang seorang wanita yang tidak akan bersedihan dan mendapat kebebasan selepas putus cinta.

Tahniah atas kejayaan lagu “SOLO”!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERYonhap News
Loading...