Ikuti Kami:

JayB GOT7, Sunggyu INFINITE & Ramai Lagi Akan Jadi Mentor Program Survival Akan Datang

JayB GOT7, Sunggyu INFINITE & Ramai Lagi Akan Jadi Mentor Program Survival Akan Datang

IST Entertainment telah mengumumkan mentor bagi rancangan survival mereka yang akan datang, dalam teaser baharu!

Program survival bertajuk “THE ORIGIN – A, B, Or What?” yang diterbitkan bersama oleh Kakao Entertainment dan Sony Music Solutions, akan menampilkan pelatih yang dinilai kemahiran mereka oleh artis K-pop senior, hakim pakar dan ahli penonton secara langsung, serta akan memberi peluang kepada penonton untuk melihat potensi pertumbuhan peserta, semasa mereka bersaing untuk debut.

Selain itu, dalam video teaser baharu yang dikeluarkan, sekilas gambaran tentang penilaian pelatih yang diundi oleh penonton melalui ‘permainan keseimbangan’ dan mereka dilihat memilih antara pasukan ‘A’ atau ‘B’. Rancangan itu turut memperkenalkan mentor bagi program tersebut: Sung-gyu INFINITE, Minzy, JayB GOT7, Kwak Yoon-young JUST JERK dan Hwang Gyu-hong.

https://youtu.be/IoOx8C-CZfQ

“THE ORIGIN – A, B, Or What?” akan mula ditayangkan pada pada 26 Februari ini jam 4 petang melalui MBN, Kakao TV dan 1theK serta disiarkan pada setiap hari Sabtu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...