Ikuti Kami:

Jay Park Dilapor Bakal Bina Agensi & Lancar Kumpulan Idola Baru?

Jay Park Dilapor Bakal Bina Agensi & Lancar Kumpulan Idola Baru?

Selepas meletakkan jawatan sebagai CEO di AOMG dan H1GHR Music baru-baru ini, nampaknya Jay Park sudah mempunyai pelan baru.

Menurut wakil dalam industri, lelaki itu sedang bekerja keras untuk membangunkan label baru bagi melancarkan sebuah kumpulan idola. Katanya, Kakao Entertainment sudah beesedia untuk memberikan pelaburan yang besar untuknya.

Tambah wakil berkenaan, Jay Park yang berbakat besar mampu untuk membawa gelombang baru dalam industri muzik dengan penghasilan kumpulan idola yang mengikut warnanya sendiri.

jay park

Respon Kakao Entertainment mengenai berita ini,

Jay Park ialah artis yang berbakat dalam pelbagai bidang seperti nyanyian, produser dan kami sedang berbincang pelbagai rancangan untuk perkongsian perniagaan namun tiada apa yang disahkan lagi.

Untuk pengetahuan, Jay Park memulakan kariernya sebagai ahli 2PM sebelum mengundurkan diri dan bergerak solo. Dia kemudian menubuhkan syarikat sendiri yang dihuni oleh ramai artis hip hop sebelum meletakkan jawatan baru-baru ini.

Sibuk betul Jay Park!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...