Ikuti Kami:

Jatuh Tangga Di Set ‘The Golden Spoon’, Jung Chaeyeon Jalani Pembedahan Retak Tulang Selangka

Jatuh Tangga Di Set ‘The Golden Spoon’, Jung Chaeyeon Jalani Pembedahan Retak Tulang Selangka

Tanpa disangka, peminat Jung Chae-yeon menerima khabar buruk mengenai pelakon kesayangan mereka itu kelmarin.

Khabarnya, ahli DIA berkenaan bakal menjalani pembedahan selepas tercedera di bahagian tulang selangka semasa di penggambaran drama “The Golden Spoon”.

Umum agensinya,

Semasa merakamkan ‘The Golden Spoon’ ketika di awal pagi 10 September, Jung Chae-yeon terjatuh tangga dan terus di bawa ke hospital di Seoul.

Tambah mereka,

Selepas dipindahkan ke hospital untuk mendapatkan pengimejan CT dan X-ray, Jung Chae-yeon disahkan dengan keretakan tulang selangka selain menunjukkan simptom gegaran pada otak dan sedang mendapatkan rawatan kecemasan kini.

jung chaeyeon

Wanita itu akan menjalani pembedahan untuk keretakan tulang selangka di mana mereka akan memastikan sama ada kerosakan ligamen. Jikalau ada, dia akan memerlukan pembedahan jahitan.

Bagi melegakan rasa risau peminat, Jung Chae-yeon meninggalkan mesej buat mereka,

Saya sedikit gementar, tapi saya akan okay sahaja. Jangan risau. Saya tak kisah sekiranya menjalani pembedahan tulang selangka ini. Gegaran pun sudah okay dan kepala saya tak terjejas. Jangn risau!

Dalam pada itu, DIA akan meriliskan single baru “Rooting For You” pada 14 September dan drama “The Golden Spoon” pula akan ditayangkan pada 23 September nanti.

Semoga Jung Chae-yeon cepat sembuh!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...