Ikuti Kami:

Jatuh Hingga 0%, ‘Meow: The Secret Boy’ Cipta Sejarah Dengan Rating Tercorot Bagi Rangkaian Saluran Utama

Jatuh Hingga 0%, ‘Meow: The Secret Boy’ Cipta Sejarah Dengan Rating Tercorot Bagi Rangkaian Saluran Utama

Selalu sangat tonton drama berat, mesti ada juga peminat K-Drama yang suka layan naskhah yang membawa plot ringan untuk hilangkan stres mungkin daripada kerja atau pun pelajaran.

Pun begitu, nampaknya drama terbaru KBS iaitu “Meow: The Secret Boy” tidak berjaya menarik minat penonton dek catatan ratingnya yang kian menurun dari satu episod ke episod meskipun menyajikan jalan cerita yang comel mengenai kucing yang boleh bertukar menjadi manusia.

Sinopsis ringkas

SolAh (Shin YeEun) merupakan seorang gadis berusia 20-an dan bekerja di sebuah syarikat reka grafik. Dia mempunyai impian yang besar untuk menjadi seorang pelukis komik selain dia juga merupakan seorang yang suka bersosial. Pada suatu hari, gadis ini telah membawa pulang seekor kucing bernama HongZo (Kim MyungSoo). Tanpa pengetahuannya, kucing itu sebenarnya bukanlah kucing biasa kerana ia boleh berubah menjadi manusia. Sejak mula tinggal bersama dengan haiwan tersebut, hidupnya mula terlibat dengan pelbagai kejadian yang tidak dijangka.

rating meow: the secret boy teruk

Rating menghampakan

Catatan asyik menurun sahaja

Daripada laporan Nielsen Korea, episod 8 drama “Meow: The Secret Boy” hanya meraih purata rating sebanyak 0.9% dan 1.1% dan jatuh mendadak daripada episod minggu sebelumnya iaitu 1.8%.

Drama lakonan Kim MyungSoo dan Shin YeEun ini terus kurang mendapat perhatian penonton sejak daripada episod awalnya. Walaupun bermula dengan stabil apabila berjaya mencatat rating sebanyak 3.6% pada tayangan pertamanya namun ianya semakin menurun sehinggalah mencecah digit awal 0% yang merupakan satu nombor yang tidak dapat dibayangkan langsung.

Pecah rekod drama “Manhole”

Sebelum ini, rekod rating drama terendah telah dipegang oleh “Manhole” yang ditayangkan pada tahun 2017, juga menerusi saluran KBS. Rekod naskhah tersebut ialah 1.4% namun kini “Meow: The Secret Boy” telah mengambil alih sebagai tuan baru kepada rekod tidak menyenangkan tersebut.

Netizen salahkan pelakon utama

rating meow: the secret boy teruk

Semasa Shin YeEun berlakon dalam ‘He’s A Psychometric’ pun, ratingnya hanya 1% tetapi di rangkaian stesyen televisyen utama, hanya 0% mampu dicatatkan.

 

Adakah ini hanya salah pelakon perempuan? Pelakon lelaki pun sama sahaja…

 

MyungSoo pun berlakon tak adalah bagus mana.

 

Dalam drama ini, kucingnya adalah pelakon terbaik.

 

Mana ada orang tonton drama seperti ini sekarang ini…

 

Bertambah pelik kerana pada slot waktu ini, mereka tidak mempunyai sebarang pesaing langsung. Bermakna memang tiada orang yang mahu menonton drama ini.

Mesti ada yang tonton kan? Apa pula pendapat anda?

Sumber: JoyNews24

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...