Sudah tahu sebenarnya nak lihat pasangan ‘hot’ Korea bersama-sama kerana mereka yang sangat menjaga privasi keluarga daripada diketahui orang ramai.
Namun baru-baru ini, dikhabarkan bahawa pasangan itu dilihat sedang berseronok di taman tema popular di Korea iaitu Everland bersama anak mereka.
Malah insiden ini turut disahkan benar apabila pasangan Kim Tae-hee dan Rain turut dilaporkan mengadakan aktiviti riadah keluarga di sebuah taman tema pada hari yang sama.
Rata-rata netizen seronok melihat Rain yang tinggi dan sasa menolak stroller sambil ditemani Kim Tae-hee yang kecil molek. Padan sangat!
Malah ramai yang turut berkunjung ke tempat tersebut pada waktu yang sama menceritakan bahawa pasangan selebriti itu nampak seronok ketika di sana selain tak sorok langsung rasa sayang di antara satu sama lain.
Bahagia betul tengok keluarga Rain dan Kim Tae-hee kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.