Drama hujung minggu, “Please Take Care of the Eagle Brothers!” terus mencatat peningkatan mendadak, sekali lagi membuktikan kedudukannya sebagai ‘juara drama hujung minggu’.
Ia berlatarbelakangkan kilang arak tradisional terkenal, “Eagle Brewery”, dan mengisahkan lima adik-beradik lelaki yang unik serta kakak ipar sulung mereka yang menjadi ketua keluarga selepas kehilangan suami hanya sepuluh hari selepas berkahwin.
Dalam kaji selidik “Program Penyiaran & Video Paling Disukai” bagi April 2025 yang dikeluarkan oleh Gallup Korea, drama ini menduduki tempat kedua keseluruhan (3.0%). Ia meraih perhatian dari pelbagai generasi dan menjadi drama pilihan ramai, terutamanya mendapat sokongan tinggi dalam kalangan penonton berusia 60 tahun ke atas.
Episod ke-26 yang disiarkan pada 27 April mencatatkan rating tertinggi 20.8%, memaparkan adegan di mana Ma Gwang-sook (Uhm Ji-won) menerima pengakuan cinta daripada Han Dong-seok (Ahn Jae-wook).
Penonton memberikan reaksi positif seperti, “Jalan cerita sangat padat dan menarik,” “Emosi sampai kerana lakonan mantap para pelakon,” dan “Latar belakang setiap watak yang didedahkan menambah daya tarikan drama ini.”
Korang layan tak drama ni?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.