Ikuti Kami:

Jarak Umur 16 Tahun, Ha Jungwoo Akui Kekok Bawa Watak Suami Suzy Dalam Filem ‘Mount Baekdu’

Jarak Umur 16 Tahun, Ha Jungwoo Akui Kekok Bawa Watak Suami Suzy Dalam Filem ‘Mount Baekdu’

Saban hari, makin banyak drama dan filem best yang dikeluarkan. Sampaikan peminat K-Drama mati akal nak tengok yang mana dahulu.

Terbaru, sebuah filem bencana bertajuk “Mount Baekdu” akan memulakan tayangan di Korea pada Disember ini. Naskhah ini mendapat perhatian ramai kerana teraju utamanya terdiri daripada nama-nama yang hebat! Antaranya, Lee Byunghun, Ha Jungwoo, Jeon Hyejin dan Suzy.

filem mount baekdu

Filem ini membawa kisah sekumpulan manusia yang mencuba sedaya upaya bagi menghentikan letusan terakhir gunung Baekdu yang mampu menelan kedua-dua selatan dan utara Korea sekiranya meletup.

Yang menarik perhatian ramai apabila pelakon veteran, Ha Jungwoo telah bergandingan dengan Suzy sebagai suaminya dalam naskhah ini. Watak lelaki ini ialah Jo Inchang iaitu seorang kapten yang dilantik untuk menguruskan sebuah projek rahsia yang membahayakan nyawa orang ramai. Manakalah Suzy pula membawa watak Choi Jiyoung, seseorang yang sedang bertungkus-lumus untuk menyelamatkan diri daripada bencana itu.

ha jungwoo kekok bergandingan dengan suzy

Kalau anda nak tahu, jarak umur Ha Jungwoo dan Suzy ialah 16 tahun, jadi mungkin sedikit kekok untuk melakonkan watak sebagai suami dan isteri. Pelakon lelaki itu berkongsi, “Apabila saya mendapat tahu bahawa Suzy bakal memegang watak itu, saya berasa tak yakin sama ada kami akan kelihatan sepadan kerana jarak umur yang jauh. Tetapi orang sekeliling banyak memberi sokongan supaya saya teruskan berlakon.”

Dia juga membetulkan kenyataan sebelum ini dalam sebuah temu bual di mana dia menyatakan bahawa watak lakonannya dan Suzy tidak bertemu langsung dalam filem “Mount Baekdu”. Jelasnya, wataknya dan pelakon wanita itu ada berjumpa satu sama lain pada awal dan akhir filem tersebut.

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...