Ikuti Kami:

“Jangan Taksub Sangat” – Terlampau Fanatik Sampai Cipta ‘Agama BTS’?

“Jangan Taksub Sangat” – Terlampau Fanatik Sampai Cipta ‘Agama BTS’?

BTS memang tidak dinafikan mempunyai peminat yang ramai di Korea dan juga seluruh dunia, bahkan ia terdiri daripada wanita dan lelaki daripada pelbagai peringkat umur. Disebabkan lagu dan tarian mereka yang ‘menagihkan’ membuatkan ramai yang menggilai kumpulan K-Pop ini.

Biasalah teruja lebih dengan idola kegemaran, sekadar suka-suka dan untuk menghiburkan hati. Tapi menjadi masalah apabila minat tersebut melampaui batas sehingga mempermainkan agama!

kumpulan bts

Bagitulah yang dapat dilihat dengan satu kumpulan di Telegram yang menamakan ruang sembang tersebut sebagai ‘Agama BTS’. Lebih mengejutkan apabila ianya disertai hampir 4,000 ahli yang difahamkan berasal daripada Indonesia dan Malaysia. Teruknya!

agama bts di telegram

Yang menimbulkan kemarahan ramai ialah apabila mereka membuat main beberapa kalimah suci dan menyelitkan nama ahli kumpulan BTS di dalamnya. Siap ada rukun agama BTS lagi!

agama bts di telegram

Malahan ahli di dalam ruang sembang ini turut menyelar orang Melayu yang bencikan kumpulan lelaki tersebut sebagai dengki dan tidak mengenali seni. Tak kurang juga, mereka terus mempersendakan agama-agama yang ada sebagai tidak ‘seindah’ BTS.

agama bts di telegram

Walaubagaimanapun, entri yang tular ini telah mendapat kritikan hebat daripada peminat BTS sendiri serta peminat kumpulan K-Pop yang lain. Bagi mereka, meminati sesuatu kumpulan tidak sepatutnya sampai memperlekehkan agama.

agama bts di telegram agama bts di telegram

Tetapi selepas diselidik, ada yang mengatakan bahawa ruang sembang ini ditubuhkan oleh lelaki Indonesia yang bencikan BTS dan sengaja berbuat demikian bagi meningkatkan api kebencian orang ramai kepada kumpulan itu.

agama bts di telegram

Tidak pasti kesahihan mengenai ruang sembang inii, sama ada benar dicipta untuk BTS atau pun sengaja untuk merosakkan lagi nama kumpulan popular itu.

Tapi apa yang pasti, minat K-Pop jangan sampai ‘over’!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...