Pejam celik pejam celik, siapa sangka dah 15 tahun sejak Jung Yong-hwa debut dalam dunia hiburan.
Baru-baru ini, Yong-hwa CNBLUE telah muncul dalam program “Music Recipe”, di mana lelaki itu berubah menjadi seorang jurulatih vokal.
Selain menerangkan tentang teknik vokal dan sebagainya, penyanyi itu juga sempat berkongsi tentang perkembangan terkininya. Luahnya,
Saya telah menjalani pembedahan lutut tahun ini dan sedang meluangkan masa mencari ilham.
Sambungnya membuatkan peminat sebak,
Kalau saya dah tak aktif membuat persembahan atau tak lagi dalam dunia hiburan, jangan bersedih. Masa yang kita kongsi bersama akan kekal selama-lamanya. Saya harap kenangan itu akan terus bersinar.
Apa ni..sedih la..