Ikuti Kami:

“Jangan Sampai Saya Jumpa Dia Di Jalanan”- Bawa Watak Perampas Dalam ‘VIP’, Pyo Yejin Dicaci Penonton!

“Jangan Sampai Saya Jumpa Dia Di Jalanan”- Bawa Watak Perampas Dalam ‘VIP’, Pyo Yejin Dicaci Penonton!

Sekejap sahaja masa berlalu, rupanya sudah hampir sebulan drama popular “VIP” melabuhkan tirainya. Plotnya yang menonjolkan si suami curang dengan perempuan muda di hadapan isteri sendiri, nyata membuatkan penonton ketap gigi tak sudah sampailah ke penghujungnya.

Pun begitu, ramai penonton sepertinya hampa dengan kesudahannya yang pahit manis. Rata-rata mereka berharap agar Jungsun membalas dendam terhadap salah laku suaminya tapi ternyata hampa kerana wanita itu akhirnya melepaskan juga Park Sungjoon daripada genggamannya. Bertambah sakit hati apabila perempuan perampas iaitu Yuri terlepas begitu sahaja tanpa mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan khianatnya.

pyo yejin

Disebabkan oleh hal itu nampaknya pelakon Pyo Yejin yang melakonkan watak gadis yang membolak-balikkan rumah tangga Sungjoon dan Jungsun turut terkena tempiasnya dalam dunia sebenar.

Menerusi program “Night Of Real Entertainment”, Pyo Yejin menjelaskan reaksi yang diterimanya daripada orang ramai selepas berlakon dalam “VIP”. Katanya, bukan sahaja orang ramai bahkan ibunya juga terkejut dengan wataknya itu!

Kenapa awak berkelakuan sedemikian?!

Dia juga ada komen mengatakan bahawa mereka tidak mahu bertemu mata dengannya di tepi jalan. Siap ada yang cakap nak ‘goreng’ gadis itu kalau terserempak di mana-mana!

Saya sangat takut.

pyo yejin vip

Dalam berseloroh, Pyo Yejin memohon maaf kepada semua penonton kerana watak Yuri itu.

Saya minta maaf kerana membuatkan anda marah selama 2 bulan. Saya harap keluarga awak semua sentiasa aman.

pyo yejin

Kesiannya Pyo Yejin terpaksa hadap makian penonton kerana lakonannya sebagai watak perempuan perampas menjadi betul! Nantikan lagi naskhah lain lakonan pelakon hebat ini dalam tahun 2020!

Sumber: SBS

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...