Mengejutkan apabila Yulhee, memuat naik video mendedahkan bekas suaminya, Min-hwan dari F.T. Island mengunjungi tempat hiburan dewasa, termasuk rumah pelacuran dan bilik karaoke dengan gadis pelayan.
Bekas idola tersebut turut berkongsi rakaman panggilan telefon antara Min-hwan dan kenalannya, yang nampaknya merupakan perantara untuk perkhidmatan tersebut.
Disebabkan oleh kritikan hebat dari netizen, lelaki itu akhirnya mengumumkan bahawa dia akan menghentikan kesemua aktiviti seni termasuk kemunculan dalam “Superman Returns”.
Tak lama kemudian, Lee Hong-ki berkongsi mesej rawak di laman weverse dan ayatnya seolah-olah bercakap mengenai skandal Min-hwan berkenaan.
Ia adalah kehidupan peribadi mereka, dan ia berakhir begini. Kita perlu mengakui apa yang salah, tunduk, dan memohon maaf. Namun begitu, kita semua tidak seharusnya mempercayai segala-galanya dengan begitu mudah.
Ramai yang beranggapan mesej itu sepertinya mempertahankan Minhwan dan menyelar Lee Hong-ki, malah mereka berharap dia akan berbicara dengan lebih jelas jika benar Min-hwan tak bersalah.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.