Rasanya ramai yang perasan pelbagai jenama barangan amhupun makanan yang dipromosikan secara’ lembut’ di dalam K-Drama kan?
Selaunya kita buat tak kisah sahaja, tapi netizen Malaysia dan juga Indonesia nyata seronok apabila melihat jenama yang sangat dikenali semua muncul dalam episod terbaru “Vincenzo” baru-baru ini.
Kalau sebelum ini, ramai yang dah perasan sejak daripada awal lagi apabila logo ‘Kopiko’ terpapar pada bahagian kredit di penghujung setiap episod drama tersebut, kini ianya muncul dengan jelas dalam salah satu babak tayangannya.
habislah gula² kopiko laku teruks lepasni 🤣🤣🤣 kena cepat² tambah stock kt Popular ni 😂😂🤣🤣 #Vincenzo #VincenzoEp14 pic.twitter.com/3KJvdSGRhD
— Dila Azman 🇲🇾 (@kechekkkkk) April 5, 2021
Gula-gula berperisa kopi itu yang dihasilkan Indonesia sebenarnya turut dekat di hati rakyat Malaysia. Rasanya ramai yang biasa mengambilnya kerana nak tahan mengantuk kan?
Rasa macam nak beli Kopiko pulak tetiba..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.