Ikuti Kami:

“Jangan Ingat Saya Diam, Saya Tak Tahu” – Seo Yeji Perli Kontroversi Sendiri Di SNL Korea

“Jangan Ingat Saya Diam, Saya Tak Tahu” – Seo Yeji Perli Kontroversi Sendiri Di SNL Korea

Seo Ye-ji membuat kenyataan penuh makna selepas secara terbuka menangani kontroversi berhubung dakwaan pemalsuan latar belakang pendidikan dan gaslighting di rancangan “SNL Korea”.

Pada 14 April lalu, Seo Ye-ji memuat naik gambar sebuah buku dengan petikan berbunyi yang mungkin meluahkan perasaannya secara tak langsung,

Jangan perlakukan saya sewenang-wenangnya hanya kerana saya berpura-pura tiada apa yang berlaku.

Sebelum itu, Seo Ye-ji tampil dalam rancangan “SNL Korea” secara terus terang mengulas mengenai pelbagai kontroversi yang pernah melandanya. Sejak pembukaan rancangan itu, Seo Ye-ji dilihat bersedia menyentuh isu-isu hangat yang dikaitkan dengannya.

Pengacara Shin Dong-yup bertanya secara khusus bagaimana Seo Ye-ji akan memberikan persembahan yang hebat. Dia kemudian menjawab,

Saya akan cuba buat semua kru ‘SNL’ terkena gaslighting supaya ia jadi lebih menyeronokkan.

seo yeji snl korea

Seo Ye-ji turut menyentuh gosip cinta tiga segi antara dirinya dan Kim Soo-hyun dalam segmen ‘Seo-ye GPT’, di mana dia memainkan watak sebagai AI yang mempunyai suara dalam dan memikat.

Dalam satu adegan, apabila Kim Won-hoon tidak mampu membalas kata-kata orang yang mengumpatnya, Seo Ye-ji berkata dengan nada penuh makna,

Perkara yang paling memalukan adalah bila awak hanya duduk diam dan membiarkan orang mengata awak. Betapa pedihnya rasa itu. Saya pun pernah lalui.

Menerusi program ini, Seo Ye-ji dengan berani mengulas kesemua kontroversi yang terpalit ke atasnya dahulu sehingga menyebabkan dia dikecam ramai. Terdahulu, dia dituduh mengawal bekas kekasih iaitu Kim Jung-hyun sehingga menyebabkan dia menimbulkan masalah di set penggambaran. Selain itu, Seo Ye-ji turut dituduh menjadi orang ketiga dalam hubungan antara Kim Soo-hyun dan mendiang Kim Soo-hyun suatu ketika dahulu.

Harap Seo Ye-ji kembali gah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   OSEN

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...