Ikuti Kami:

“Jangan Buat Bodoh” – Didakwa ‘Ditaja’ Bekas Kekasih, Respon Park Minyoung Dikritik Netizen

“Jangan Buat Bodoh” – Didakwa ‘Ditaja’ Bekas Kekasih, Respon Park Minyoung Dikritik Netizen

Kelmarin, Dispatch mendedahkan bahawa Park Min-young telah menerima sejumlah wang dari bekas kekasihnya, Kang Jong-hyun.

Menurut laporan media, pelakon wanita itu telah menerima wang sebanyak 250 juta won dengan samaran dalam akaun sebagai ‘wang belanja’ dari pemilik bisnes mata wang kripto Bithumb.

Walau bagaimanapun, agensi Park Min-young menafikan hal berkenaan dan menjelaskan Kang Jong-hyun hanya meminjam akaun bank wanita itu untuk melakukan transaksi. Namun pihak penyiasat telah pun mencapai kata sepakat bahawa Park Min-young tidak terlibat dengan sebarang aktiviti haram yang terpalit ke atas bekas kekasihnya.

ex bf park minyoung

Selepas pendedahan itu, Park Min-young dilihat memuat naik respon kepada hal itu di laman Instagram miliknya, Tulisnya,

Penat dengan semua, tapi saya percaya dengan kata-kata bahawa kejujuran akan menang juga akhirnya. Dan saya mempunyai hati yang kuat untuk melindungi kacang-kacang semua (nama manja buat peminat). Jangan risau.

Pun begitu, terdapat sesetengah peminat yang meluahkan rasa kesal mengenai respon pelakon wanita tersebut dan berharap agar dia senyap dahulu sehingga siasatan selesai.

Dalam pada itu, Park Min-young juga dilihat tersenyum gembira semasa muncul di hadapan wartawan ketika parti tamat penggambaran drama “Marry My Husband” malam semalam. Kata mereka,

Saya mencarut apabila melihat kemas kini ini.

 

Sebelum lindungi peminat, apa kata awak lindungi undang-undang dulu.

 

Hebat betul mentalitinya.

 

Kena bermuka tebal, baru boleh hidup dalam dunia ini.

 

Kalau nak lindungi peminat, awak boleh sahaja tak lakukan perkara bodoh.

 

Ingat dia idola ke, nak tulis macam ni.

Entahlah..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...