Sampai bila agaknya Hyuna dan Yong Jun-hyung akan terus menerima kecaman ramai?
Terbaru, satu foto pasangan itu untuk penggambaran pra-perkahwinan mereka telah tersebar di serata laman komuniti Korea.
Selalunya berita perkahwinan akan disambut dengan gembira tapi tidak bagi Hyuna dan Yong Jun-hyung. Rata-rata netizen meluahkan rasa meluat melihat kemesraan mereka.
Antara komen yang ditinggalkan,
- Saya malu sangat sebab pernah minat Hyuna.
- Sesuai lah dorang dua.
- Jangan bercerai dan terus hidup bersama selamanya.
- Kami tak nak tengok korang dah dalam siaran.
Terdahulu, ramai mengkritik Hyuna kerana sanggup mengahwini Yong Jun-hyung meskipun lelaki itu pernah terkait dengan kes jenayah seksual ‘Burning Sun’ yang menggegarkan Korea.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.