Ikuti Kami:

Jang Dongyoon Dilaporkan Alami Kecederaan Selepas Jatuh Daripada Kuda Di Set ‘Joseon Exorcist’

Jang Dongyoon Dilaporkan Alami Kecederaan Selepas Jatuh Daripada Kuda Di Set ‘Joseon Exorcist’

Kemalangan di set penggambaran merupakan sesuatu yang tiada siapa yang boleh jangka namun itulah yang dilaporkan terjadi kepada Jang Dong-yoon baru-baru ini.

Khabarnya pelakon itu telah jatuh daripada kuda semasa menjalani penggambaran drama “Joseon Exorcist”.

Sumber daripada drama itu memberitahu,

Semasa penggambaran, Jang Dong-yoon telah mengalami kecederaan di siku selepas tersejatuh daripa kuda. Dia akan menjalani pemeriksaan lanjut nanti.

jang dongyoon

Malah penggambaran drama itu pun sudah dihentikan buat seketika waktu.

Kalau anda nak tahu, “Joseon Exorcist” ialah sebuah drama bersejarah aksi fantasi mengenai seseorang yang kembali ‘hidup’ selepas dibunuh oleh keluarga diraja. Jang Dong-yoon memainkan watak Putera Chungnyeong yang menyertai perang untuk melindungi Joseon daripada serangan roh jahat.

Semoga Jang Dong-yoon cepat sembuh.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...