Demi menjaga keselamatan keluarga, Won Bin nampaknya telah membina rumahnya dengan privasi ketat.
Baru-baru ini, rumah milik pasangan Won Bin dan Lee Na-young telah mendapat perhatian, dengan betapa mereka menjaga kehidupan peribadi mereka di luar kerja.
Untuk pengetahuan, pasangan itu telah berkahwin pada 2015 dan pada 2019 mereka berpindah ke ibu Korea, iaitu di Samseong-dong.
Khususnya, rumah Won Bin adalah rumah agam yang besar, dengan tiga tingkat di atas tanah. Apa yang menarik perhatian, rumah itu memang sangat tinggi, tidak jauh berbeza seperti istana.
Selain itu, pasangan itu juga sangat melindungi privasi keluarga mereka, apabila rumah mereka dilihat hampir tiada tingkap dan pintu masuk ke rumah juga diperbuat daripada jeriji besi yang diletakkan di sudut rumah.
Bukan itu sahaja, sebahagian besar dari tingkap kecil itu juga telah ditutup dengan papan kayu dari luar agar tiada sesiapa boleh melihat ke dalam.
Tambahan, penduduk yang tinggal berhampiran rumah mereka mengatakan bahawa pasangan itu jarang dilihat keluar dari rumah mereka.
Fuh.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.