Ikuti Kami:

“Jaga Kesihatan..” – Peminat Risau Lihat Park Minyoung Nampak Cengkung Dalam Foto Terbaru

“Jaga Kesihatan..” – Peminat Risau Lihat Park Minyoung Nampak Cengkung Dalam Foto Terbaru

Memang sangat berdedikasi tau Park Min-young untuk membawa watak dalam drama barunya.

Baru-baru ini, Park Min-young berkongsi bahawa dia telah menurunkan berat badan sehingga ke 37kg kini untuk menghidupkan watak sebagai pesakit kanser dalam dramanya akan datang “Marry My Husband”.

Menerusi hantaran baru yang dikongsi wanita itu di laman Instagram, peminat rata-rata risau melihat penampilan terkini Park Min-young, yang kelihatan begitu cengkung dan kurus.

Meninjau di ruangan komen, peminat menulis,

Keadaan kurus awak tidak baik. Awak harus menambah berat badan selepas siri ini tamat 😓

 

Tolong kekal sihat 🙏🏻 Kami sangat menyayangi awak!

 

Ia musim sejuk sekarang jadi tolong jaga kesihatan awak.

 

Awak telah bekerja keras untuk ini. Tak sabar nak tengok siri baru ini 😍

 

Semoga awak sentiasa menjaga kesihatan badan ya 🙏

Sementara itu, “Marry My Husband” yang akan turut diterajui Na In-woo dan Lee Yi-kyung, akan mula bersiaran pada 1 Januari ini.

Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...