Ikuti Kami:

“Jaga-Jaga..” – Ahli BLACKPINK Dituduh Tak ‘Sebulu’, Jisoo Beri Jawapan Jujur

“Jaga-Jaga..” – Ahli BLACKPINK Dituduh Tak ‘Sebulu’, Jisoo Beri Jawapan Jujur

Rasanya bukan sekali dua terdapat khabar angin mengatakan ahli BLACKPINK tidak baik antara satu sama lain.

Terbaru, Jisoo yang baru sahaja meriliskan album solo ‘ME’ telah menyertai program “Not Much Prepared” dan bercerita lebih mengenai dirinya.

Apabila ditanya Lee Young-ji bagaimana perasaan menjadi ahli terakhir melakukan debut solo, jawab Jisoo,

Disebabkan tiga yang lain sudah melakukan debut mereka, saya merasakan yang saya agak tertekan.

jisoo blackpink

Sambungnya,

Tapi saya tak berfikir sangat mengenainya dan itu ialah kekuatan saya. Apabila orang lain melakukan sesuatu, saya tak melakukannya sebaik mereka kerana itu ialah kerja mereka.

Dipuji penyanyi rap itu kerana mempunyai minda yang sihat, jelasnya,

Kadang kala saya berasa murung namun akan berasa elok selepas bangun pada keesokan harinya. Saya merasakan yang saya perlu melakukan sebanyak itu kerana ramai yang menantikan saya.

jisoo blackpink

Bukan itu sahaja, ahli tertua BLACKPINK itu turut memperbetulkan persepsi mengenai hubungan antara ahli yang kononnya kurang baik,

Kami hanya gelak apabila melihat perkara seperti itu. ‘Mereka kata saya pesaing awak, jaga-jaga’, ‘Hey, kenapa awak tak muat naik gambar saya di Instagram, nanti ada yang berkata-kata’, ‘Awak patut promosi album saya’, dan lain-lain. Kami menganggap ia sebagai bahan jenaka.

Dah berapa tahun mereka bersama kan?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...