Sudah pasti setiap selebriti mempunyai cara tersendiri untuk mengekalkan bentuk tubuh badan mereka kan?
Sedang sibuk dengan penggambaran drama “Show Window”, Jun So-min telah berkongsi menu makanannya yang ringkas.
Menerusi Instagam Story, ahli “Running Man” itu memuat naik foto sepinggan kecil juadah mengandungi cendawan, daun bawang dan asparagus yang dipanggang.
Melihatkan pilihan menu itu, ramai yang meluahkan rasa risau mereka selain kagum dengan kejituan pelakon itu bagi menjaga bentuk badannya,
Adakah awak kurus kerana hanya makan ini?
Jaga diri.
Ini rupanya rahsia awak menjaga bentuk badan.
Dalam pada itu, “Show Window” telah pun mencipta rekod baru di Channel A dengan rating tertinggi yang pernah diraih di saluran berkenaan baru-baru ini.
Harap Jun So-min okay sahaja.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.