Ikuti Kami:

Jaehyun Golden Child Disahkan Positif COVID-19

Jaehyun Golden Child Disahkan Positif COVID-19

Kini, Jae-hyun iaitu ahli kumpulan Golden Child pula disahkan positif COVID-19.

Menurut agensinya,

Hello, ini adalah Woollim Entertainment,

Bong Jae-hyun daripada Golden Child telah disahkan positif COVID-19 pada pagi 17 Disember.

Bong Jae-hyun telah menjalani pemeriksaan pada petang 16 Disember dan dia disahkan dijangkiti pada pagi ini. Selain daripada jadual penggambaran, Bong Jae-hyun tidak akan menyertai mana-mana aktiviti luar. Kesemua staf yang menjadi kontak rapat juga telah menjalani langkah keselamatan seperti menjalani pemeriksaan.

Bong Jae-hyun tidak menunjukkan sebarang simptom dan dia akan dikuarantin berasingan mengikut prosedur yang ditetapkan pihak kesihatan.

jaehyun golden child

Selepas Bong Jae-hyun disahkan positif, proses nyahinfeksi telah dijalankan di dorm kediamannya dan juga ibu pejabat Woollim Entertainment. Tambahan lagi, ahli Golden Child dan juga kesemua kakitangan syarikat kami menerima pemeriksaan sama ada mereka ada bertemu dengan Bong Jae-hyun selain turut menjalani kuarantin sendiri.

Kami akan mengemaskini sekali lagi selepas keputusan ujian COVID-19 ahli Golden Child yang lain disahkan.

Kami meminta kefahaman anda mengenai isu ini dan akan mencuba sebaik mungkin untuk mengikuti protokol COVID-19 selain menguruskan sanitasi.

Terima kasih.

Diharapkan Jae-hyun cepat sembuh.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...