Sibuk dengan pelbagai aktiviti, Lisa pastinya harus mengekalkan kesihatan yang sihat kan?
Baru-baru ini, Lisa BLACKPINK telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah W Korea.
Menerusi video temu bual yang dimuat naik di YouTube W Korea, Lisa telah berkongsi pelbagai item kegemaran yang diletakkan di dalam beg tangannya.
Pada awalnya, wanita itu menunjukkan earphone wayarnya dan berkata,
Saya pernah memakai headphone tetapi ianya sakit untuk pakai lama semasa penerbangan. Saya juga asyik hilangkan AirPod saya jadi, saya hanya menggunakan earphone berwayar sekarang.
Kemudian, Lisa juga turut mendedahkan apa yang dia makan untuk kekal sihat di tengah jadual yang padat,
Dengan jadual saya yang sibuk, saya telah mengambil vitamin dan ginseng merah hari ini untuk kekal sihat. Saya membelinya di lapangan terbang Dubai dan saya rasa ia berfungsi dengan baik.
Semoga Lisa sihat selalu!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.